Saturday, September 10, 2011

KAK LONG DAN UPSR

Saat ini saya dan suami sedang menghitung waktu yang hanya tinggal beberapa jam sebelum anak sulung, Nur Adibah menduduki peperiksaan terpenting dalam hidupnya iaitu peperiksaan UPSR. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuknya, semoga kak long mencapai keputusan yang paling cemerlang yang boleh menentukan sekolah yang bakal dihuni untuk lima tahun akan datang. Insya-Allah. Seharusnya setiap usaha itu hendaklah disusuli dengan doa dan tawakal.

How you do anything is how you do everything.

Setiap kejayaan hanya boleh dicapai sekiranya setiap dari kita membuat yang terbaik untuk mendapat yang terbaik. Saya pasti itu sudah semua fahami. Apa yang seseorang itu perolehi dalam hidup mereka bermula dengan keyakinan terhadap sesuatu.

What you have in your life is what you believe and expect. What you put your focus on always multiplies. If you want something, start acting as if you already have it because: How you do anything is how you do everything!

Semoga setiap apa yang kita idamkan akan menjadi kenyataan. Seperti kata seorang motivator bahawa apa yang seseorang itu kerjakan hari ini akan menentukan kehidupannya lima tahun akan datang, Apa yang dilalui seseorang hari ini adalah apa yang telah dilakukannya lima tahun sebelumnya.

Adalah sangat penting untuk setiap manusia membuat perancangan jangka pendek dan panjang seumpamanya lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun untuk menentukan apa yang diinginkan dalam kehidupan. Saya pasti ramai penulis di luar sana yang mahu menghasilkan sesuatu yang luar biasa, cuma ramai dalam kalangan kita yang gemar menangguh-nangguhkan kerja kreatif. Semoga lebih banyak hasil kreatif yang terhasil selepas dari ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, September 01, 2011

RAYA OH....RAYA

Hari ini sudah masuk hari ketiga Aidilfitri. Alhamdulillah kemeriahannya masih terasa meskipun arwah baba dan emak sudah tiada lagi. Adik beradik pulang beraya di rumah tua kecuali abang. Ketupat, rendang dan segala macam juadah dimasak seperti tahun-tahun sebelumnya. Raya tetap meriah dengan karenah anak-anak yang semakin membesar.

Cuma anak kecilku Muhammad Adam terpaksa beraya dengan tangan sebelah patah. Lima hari sebelum puasa melabuhkan tirainya, Adam jatuh di sekolah. Maka setelah dibuat pemeriksaan, patah tangannya terpaksa disimen. Wahh...aku terpaksa bermalam di hospital berhari-hari sehinggalah pada petang raya baharulah dapat menjengok teratakku.

Alhamdulillah, meskipun raya disambut sederhana, namun kemeriahannya sangat terasa.
Aku berasa amat bersyukur.